Post Page Advertisement [Top]

MESRA,DINAMIK,EFISIEN 

Mende lop cas ligas uh? Mesti anda tertanya-tanya apa itu Cas Ligas,kan?

Cas Ligas ini ialah nama kepada sebuah bas yang hanya terdapat di negeri Terengganu Darul Iman. 



Merupakan sistem pengangkutan bas awam terengganu yang menyediakan bas sebagai mod pengangkutan awam. Ia merupakan sistem pengangkutan yang bersepadu, selamat, dipercayai dan efisien kepada rakyat terengganu.


Sistem pengangkutan bas awam ini akan diterajui oleh caS ligaS Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat anak yang diperbadankan sepenuhnya oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). caS ligaS Di tubuhkan pada 22 Ogos 2007. 


Kenapa ia ditubuhkan:
  • Membantu golongan berpendapatan rendah 
  • Mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam 
  • Menawarkan peluang pekerjaan. 

Kutipan tiket telah dikenakan kepada penumpang pada 15 Januari 2010.Sewaktu ia mula diperkenalkan,tiada tambang yang dikenakan dan ia bukanlah disengajakan. Kerajaan negeri terpaksa berbuat demikian, apabila ‘bentuk’nya yang pelik itu, tidak melepasi piawaian keselamatan bahagian perlesenan kenderaan perdagangan.


Keistimewaan Cas Ligas:
  • Rupabentuk fizikal bas adalah mengekalkan warisan dan ciri-ciri budaya masyarakat pantai timur, berukuran panjang 12 meter, lebar 2.5 meter dan tinggi 3.0 meter yang mampu untuk membawa seramai 34 orang penumpang perjalanan sehala. 
  • Bas dilengkapi dengan alat penghawa dingin, sistem tiket automatik, global psitioning system (GPS), closes circuit television (CCTV) dan LED destinasi penunjuk arah. 
  • Kerusi bas diperbuat daripada kayu. 


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]