Post Page Advertisement [Top]


Terengganu antara negeri yang tidak menganaktirikan pendidikan.Malah, sektor pendidikan turut diberi perhatian dan penekanan sama naik dengan sektor-sektor lain. Pendidikan di negeri Terengganu turut menitikberatkan nilai-nilai keislaman.Hal ini selari dengan konsep "Islam Hadhari,Terengganu Bestari". 


Selain itu,di negeri Terengganu juga terdapat banyak institusi pendidikan seperti Yayasan Terengganu, Yayasan Islam, KUSZA, TATI, Sekolah - sekolah menengah Agama, Maahad Tahfiz dan sebagainya.

Antara Institusi Pendidikan yang Tersohor di Negeri Terengganu




Matlamat utama penubuhan imtiaz sebagai sebuah sekolah Agama Bestari adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang agama dan akademik, tetapi juga menguasai Sains, Matematik, ICT, dan Kemahiran Bersosialisasi serta Kepimpinan.


Imtiaz – School of Excellence juga sebuah sekolah swasta yang berdaftar Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Peraturan-Peraturan Pendididikan (Institusi Pendidikan) 1997 No. Perakuan Pendaftaran T2B 0062.

 
 
Universiti ini yang dulunya dikenali sebagai Universiti Darul Iman ini berhasrat untuk menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur.
Universiti ini menawarkan dua jenis program iaitu Program Pascasiswazah dan Program Prasiswazah.
 
 
Universiti yang terletak di Kuala Terengganu ini berhasrat untuk menerokai segala ilmu dalam semua bidang yang berkaitan dengan Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam melalui penyelidikan.
 





Kolej Universiti TATi adalah sebuah Universiti Kemahiran Tinggi milik penuh kerajaan Negeri Terengganu. Kolej ini menawarkan program Ijazah,Diploma,HND,Foundation/Asasi dan Sijil. Program-program yang ditawarkan merupakan program kemahiran bermutu tinggi dan beroreantasikan keperluan Industri semasa.





5.Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)



Terdapat empat buah MRSM di Negeri Terengganu iaitu :MRSM Kota Putra, MRSM Kuala Berang, MRSM YT Besut dan MRSM Kuala Terengganu.






Lain-lain institut pengajian tinggi adalah seperti dibawah:
  • Politeknik Kuala Terengganu
  • Universiti Malaysia Terengganu
  • Universiti Teknologi MARA (3 tempat)
  • Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)
  • Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  • Kolej PTPL
  • Kolej Teknologi & Inovasi KRIM
  • Institut Teknologi Petronas
  • Kolej Seri Iman
  • Kolej Ketengah
  • RANACO Education and Training Institute (RETI)
  • Kolej Teras Timur
  • Kolej Islam Sains Teknologi (KIST)
  • Terengganu Advanced Technical Institute University College(TATIuc)

Selain itu,kerajaan Negeri Terengganu juga ada menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh,IPT dan banyak lagi. Malah, kerajaan negeri turut mengadakan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. 


"TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU"


*Maklumat ini dikemaskinikan pada 24 Jan 2015

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]