Post Page Advertisement [Top]

KUALA NERUS - Terengganu merancang untuk mewujudkan sebuah Universiti Al-Quran, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Terengganu, Ghazali Taib.

Beliau berkata hasrat itu diyakini dapat direalisasikan kerana Terengganu sudah mempunyai asas iaitu Institut Darul Quran (IQ) yang kini dalam proses untuk dinaik taraf sebagai Kolej Universiti.

"Tempat yang sesuai sudah ada seperti Taman Ilmu di Tembila, Besut yang boleh menjadi tempat dan lokasi yang baik untuk universiti itu," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Karnival Mahabbah IKIMfm @i-Nelayan Kita 2015 di Dataran Permata, Seberang Takir di sini.

Ghazali berkata, idea untuk mewujudkan Universiti Al-Quran telah dicetuskan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh sendiri semasa beliau menjadi Menteri Besar Terengganu.

Katanya, beliau akan mengunjungi Idris dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk penubuhan universiti itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]