betul ke penyu menangis sewaktu bertelur? untuk mendapatkan kepastiannya,di Terengganu juga terdapat tempat untuk kita melihat penyu.Di mana lagi kalau bukan....
RANTAU ABANG
Dimanakah letaknya?
Rantau Abang terletak 60km ke selatan bandar Kuala Terengganu.
Keistimewaan tempat ini?
- Pelawat dapat melihat penyu Belimbing merangkak di pasir putih untuk bertelur.Sudah tentu,ia merupakan suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
- salah satu dari 6 lokasi di dunia yang menjadi tempat untuk penyu ini bertelur
- Setibanya anda di pantai ini, kunjungi Pusat Maklumat Penyu di sini bagi mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur.
Serba sedikit tentang penyu belimbing.
- boleh membesar sehingga 2.5m panjang
- ada yang beratnya melebihi 375kg
- klik (((sini))) untuk mengetahui fakta tentang penyu ini
Bagaimana untuk ke sana?
- Dengan Bas
Perkhidmatan bas dari pekan Marang ke Rantau Abang disediakan setiap setengah jam.
Talian penting!
- Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu di talian : +609-622 1433 / 1893
Penginapan.
- Terdapat dua buah rumah tumpangan yang ringkas tetapi selesa terletak di tepi pantai. Anda juga boleh membuat lawatan sehari ke sini dari Kuala Terengganu di mana anda mempunyai pelbagai pilihan tempat penginapan.
Jadi....apa tunggu lagi.Jom tengok penyu di Rantau Abang.
No comments:
Post a Comment