Post Page Advertisement [Top]

Tak Kenal Maka Tak Cinta..ke guane?

Sebelum kita kenali Terengganu dengan lebih mendalam, apa salahnya jika kita mengetahui sejarah dari mana datangnya nama Terengganu.

Terengganu suatu ketika dahulu pernah dipanggil taring anu.Nama taring anu kononnya ada kaitan dengan suatu rombongan dari negeri Pahang yang mengembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu.Apabila angkatan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; "Taring apakah?, jawab seorang lain " Taring anu…" kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja.

Selang beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada berjumpa pula dengan seekor rusa dan dapat dibunuhnya.

Apabila orang-orang yang berjumpa rusa itu membawa balik perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka bertanyalah masing-masing "di manakan dapat rusa itu? Jawab mereka yang berburu " di tempat taring anu".


Menurut catatan sejarah pula,pelawat-pelawat Cina pada masa dahulu memberi nama Terengganu dengan "TING CHIA HSIA LU"(Teng Ka Ha Lo di dalam bahasa Hokkein) dan TING KA HA LOU"dalam bahasa Kantonis. Pengarang sejarah Cina yang bernama Chao Ju Kua yang menulis di dalam tahun 5M ada menyebut nama Terengganu dengan nama Tong Ya Nong dan Kai Lan Tan (Kelantan) sebagai dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung di bawah pemerintahan Seri Vijaya Palembang.

Pelliott seorang ahli sejarah yang menulis dalam tahun 1904M ada menyebut beberapa nama di dalam bahasa Cina yang diambil daripada buku Cina itu nama Tin Ko Nou,Ting Kia Lou dan Ting Ko Lo, nama-nama bagi Negeri Terengganu. Kemungkinan boleh berlaku juga, Terengganu itu diambil asalnya dari perkataan"Terenggani" dari bahasa Tamil bererti 'Tanah Berbukit', dan nama itu diberi oleh pelawat India yang mungkin sampai di Terengganu pada zaman dahulu kala ,kerana dilihatnya negeri ini di sepanjang pantainya dari laut banyak berbukit.

Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira tahun 1887M menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah "Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".



Carian berkaitan:
nama negeri terengganu 
sejarah nama negeri terengganu
sejarah nama terengganu
asal usul nama terengganu
nama terengganu

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]