Bangga saya katakan bahawa,Negeri Terengganu merupakan negeri yang adil dalam membangunkan semua daerah-daerahnya. Setiap daerah pasti akan mempunyai paling kurang pun,satu tempat menarik untuk diterokai. Sekarang,kita akan ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo yang terletak di daerah Kemaman.
Lokasi : TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN ,Bukit Takal,Kemaman
Aktiviti :Taman Tema Air, Menaiki Jambatan Gantung, Taman Orkid, Akuarium, menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar Burung Pelbagai, Dusun Buah-Buahan, Taman Herb
Kemudahan: Wakaf, Surau, Trek Pejalan Kaki, Tandas Awam, Kiosk
Pukul berapa ia dibuka?
Dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Harga Tiket?
Harga tiket di sini bukanlah untuk pakej keseluruhan.Kalau kalian ingin menonton gajah atau melawat kolam,bayaran lain akan dikenakan.Jangan bimbang,ia berbaloi!!
Harga Tiket Di Kaunter Masuk Utama:
HARGA GOLONGAN
RM 5 DEWASA
RM 3 KANAK-KANAK 5 - 13 THN
RM 2 KANAK-KANAK (UNIFORM SEKOLAH)
PERCUMA KANAK-KANAK BWH 5 THN
Harga Tiket Di Kaunter Gajah:
HARGA GOLONGAN
RM20 DEWASA
RM10 KANAK-KANAK
Harga Tiket Di Kaunter Kolam:
HARGA GOLONGAN
RM 5 KANAK-KANAK 6 THN KE ATAS
RM 3 KANAK-KANAK 6 THN KE BWH
Ada kenderaan khas tak? Letih la nak pusing satu zoo dengan hanya berjalan kaki T_T
Di sini,terdapat pengangkutan khas yang digelar buggy.
Tarikan terbaru di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman.
COURTNEY
Spesis : Harimau Belang
Nama Saintifik : Panthera Tigris Jacksoni
Jantina : Betina
Tarikh lahir : 3 November 2003
Umur : 7 tahun
Sire : Sru Jaya (Kelantan)
Dam : Dungun (Terengganu)
CHIKO
Spesis : Harimau Belang
Nama Saintifik : Panthera Tigris Jacksoni
Jantina : Jantan
Tarikh lahir : 14 Oktober 2008
Umur : 2 tahun
Sire : Dido (Paka, Terengganu)
Dam : Nicky (Johor)
Info Menarik Tentang TRMZ
- menerima kunjungan lebih dari 3000 orang selepas 2 hari dibuka
- dibangunkan dengan kos lebih RM10 juta
- kerajaan negeri mewartakan kawasan seluas 300 hektar bagi pembinaan TRMZ,namun setakat ini,hanya 120 hektar yang telah dibangunkan
No comments:
Post a Comment