Aktiviti "Candat Sotong" yang disebut oleh penduduk tempatan sebagai "Chandad Sotong" ini amat sinonimlah di perairan negeri Terengganu.. Nak chandad sotong ni,ada musimnya,tak boleh pergi bahang rambang (nak tahu maksud,pergi kat halaman Dialek). Musim chandad sotong ni bermula di penghujung bulan April hingga Julai.
Bagi mereka yang pertama kali mencuba aktiviti ini akan terasa teruja lebih-lebih lagi apabila terbayangkan hasil tangkapan yang mampu mencecah sehingga puluhan malahan ratusan dalam satu malam jika terkena pada kandangnya.
Bagi mereka yang kurang biasa melakukan aktiviti candat ini, pastikan anda mengambil ubat penahan mabuk laut terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berputih mata dan makan hati apabila melihat rakan lain seronok menaikkan seekor demi seekor hasil tangkapan.
Petua dikatakan dapat menghalang daripada mabuk lauk: menghidu kulit limau dan merasa sedikit air laut sebaik menaiki bot.
Kawasan yang menjadi tumpuan ramai ialah perairan Pulau Redang, Pulau Kapas, dan Pulau Bidong.Berbekalkan candat, tekong bot yang berpengalaman akan membawa peserta ke kawasan yang dikenalpasti menjadi lubuk atau kandang sotong kerana di sinilah kawasan utama haiwan ini mengawan dan bertelur.
Antara candat yang sering digunakan ialah candat jenis twist, udang, umpan, buntai dan pelbagai jenis candat yang mempunyai kail melebihi sepuluh mata yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna-warni.
Bagi penggemar aktiviti ini,jangan bimbang,anda boleh menyertai pesta candat sotong yang sentiasa diadakan dan merupakan pesta tahunan di negeri pesisir air ini.
No comments:
Post a Comment