Post Page Advertisement [Top]


Pernahkah anda mendengar tentang Lata Tembakah? Lata Tembakah merupakan salah satu khazanah alam yang berharga yang terdapat di daerah Besut,Terengganu. Terletak  20 minit dari Bandar Besut,Lata Tembakah  “dihiasi” dengan 7 rangkaian air terjun yang mempunyai puncak tertinggi iaitu 50 meter.


 Hutan Lipur Lata Tembakah dibangunkan pada tahun 1986 terletak di Hutan Simpan Pelagat ,Besut iaitu 25km dari Pekan Seri Langkap atau 130km dari Kuala Terengganu.
Selain air terjun,terdapat juga kolam yang sesuai untuk berenang,mandi manda dan juga bermain air.Pengunjung yang menggemari aktiviti “jungle trekking” pula pastinya berminat untuk menjelajahi tempat ini. Jambatan gantung juga disediakan.

Kemudahan-kemudahan lain:
·         Kaunter Maklumat
·         Pondok Rehat
·         Kedai Cenderahati
Info Lain:
·         Gerai makanan boleh didapati dari pagi sehinggalah sekitar jam 5.30 petang di pintu masuk Hutan Lipur Lata Tembakah.
Cara-cara untuk ke sana:
·         Bas/ Teksi dari Kuala Terengganu ke Pekan Jertih sebelum ke Lata Tembakah.
Tempat-tempat Penginapan:
·         Demong Beach Resort
·         D’ Pinggiran Gunung Tebu Resort
·         Primula Coral View
·         Bukit Keluang Beach Resort
·         D’ Rizan Resort
Restoran-restoran:
·         Restoran Gemilang Restaurant
·         Mastura Jambi Satay
·         Restoran Sakura
·         Restoran Medic Inn
·         Restoran Sun tee

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]