Post Page Advertisement [Top]



Hutan Lipur Sekayu atau lebih dikenali dengan Air Terjun Sekayu merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk berkhemah,bermandi manda dan juga untuk aktiviti jelajah hutan. Diwartakan sebagai hutan simpan oleh kerajaan Terengganu,ia merupakan satu usaha yang baik bagi memastikan keindahan alam semulajadi ini akan terus terpelihara.

Lokasi:
·         Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Terengganu.
·         16 kilometer dari pekan kuala berang dan 56 kilometer dari bandar kuala terengganu.
Keunikan Hutan Lipur Sekayu:
·         Air terjun 3 peringkat yang mempesonakan
·         Sungai yang memukau pandangan
·         Persekitaran yang sejuk mata memandang
·         Mempunyai keluasan lebih kurang 405 hektar
·         Pelbagai spesis tumbuhan dan pokok yang terdapat di hutan ini termasuklah pokok-pokok yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. 
Kemudahan-kemudahan Rekreasi:
·         Tempat penginapan
·         Taman permainan kanak-kanak
·         Pondok rehat
·         Tempat berkhemah
·         Jalan dalam hutan (jungle tracking) dan lain-lain lagi.


Selain itu,gerai-gerai makanan juga boleh didapati di sekitar kawasan rekreasi.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]