Post Page Advertisement [Top]

Pernahkah anda membayangkan merehatkan badan yang keletihan dan minda yang kepenatan dengan menikmati hangatnya air panas yang keluar dari perut bumi? Tahukah anda bahawa di negeri bertuah,Terengganu Darul Iman ini,terdapat kolam air panas semulajadi yang sangat terkenal bernama Kolam Air Panas La?

Terletak kira-kira 28km dari Bandar Jertih,Terengganu,(140km dari Bandar Kuala Terengganu) tempat rehlah yang lebih dikenali dengan nama "La Hot Spring" ini telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 (oww...tahun lahir penulis blog tu) sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.

Info Menarik:
  • Air hangat yang mengalir ini mengandungi kimia "SULFUR" dengan kehangatannya mencapai 49 darjah celsius (berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit)
  • Terdapat Wadding Pool bekas air hangat (thermos). 
  • Terdapat air hangat buatan juga dibina selain kolam seperti spa. 
  • Sesuai untuk aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal dan mental seperti obceiling , jungle trekking,memancing ikan dan meredah gua. 
  • Batu-batu besar yang menarik perhatian dengan sekilas pandang.
  • Terdapat Batu Bahtera yang setinggi 20 meter yang di bawahnya terdapat  "laluan rahsia" sepanjang 15m.
  • Berdekatan dengan Sungai Misteri yang "menghilang" sdi sebalik lubang besar Sungai Ping.
  • Air terjun yang memukau pandangan juga turut terdapat di sana.
  • Tempat menarik berhampiran ; Batu Katak (Frog Rock), Gua Kelawar dan Kolam Puteri.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]