Post Page Advertisement [Top]




Pameran Pengangkutan Air Dunia Melayu Nusantara anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu akan berlangsung di Kompleks Muzium Negeri, Bukit Losong pada awal Ogos ini.

Pegawai Promosi dan Pemasaran Muzium Negeri, Mohd Saberi Muda berkata kehebatan dan keunikan maritim dunia Melayu Nusantara wajar diangkat bagi tatapan umum menerusi persepsi sejarah lampau.

“Kita akan kumpulkan sebahagian koleksi pengangkutan air nusantara seperti seni bina bot dan perahu dunia Melayu seperti dari Sulawesi, Filipina, Pattani, serta Sabah dan Sarawak untuk pameran itu,” katanya.

Sumber: teganukita.my

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]