Post Page Advertisement [Top]

Berita terbaik untuk anda semua. Pulau-pulau peranginan di Terenggan akan dibuka secara rasmi untuk kegiatan pelancongan bermula 1 Mac depan. Hal ini dimaklumkan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Terengganu, Mohd Sabri Zakaria.

Tarikh 1 Mac itu hanyalah pembukaan rasmi sahaja. Menurut beliau lagi, sekiranya pelancong yang datang ke Terengganu datang sendiri tanpa mana-mana pakej pelancongan, mereka boleh melawat pulau peranginan mulai pertengahan Februari bergantung kepada keadaan cuaca.

Ada juga pelancong, terutama pengembara dari negara luar yang datang sendiri dan memilih untuk datang ke pulau peranginan walaupun ia belum dibuka secara rasmi."

Kebanyakan mereka ini tidak cerewet kerana mereka akan menginap di mana-mana hotel, resort atau chalet yang sudah beroperasi, namun jika tiada mereka sanggup bermalam di khemah sahaja.” kata beliau dalam laporan Bernama.

Kebanyakan tempat-tempat penginapan di pulau-pulau di negeri ini menghentikan operasi semenjak 15 Oktober lepas berikutan cuaca hujan lebat sewaktu musim tengkujuh. Pemberhentian sementara operasi ini adalah menjadi kebiasaan pada setiap tahun sepanjang musim tengkujuh yang bermula pada November sehingga awal tahun (Februari atau Mac).

Ketika ini kebanyakan resort sudah mula membuat pelbagai persiapan bagi menyambut kedatangan pelancong termasuk dari segi penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan yang terdapat di resort mereka.” tambah beliau lagi.

Pulau Redang,Terengganu
Sumber: visit-terengganu.net

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]