"Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Terengganu yang beroperasi sejak tahun 2008 ditubuhkan bertujuan untuk melaksanakan Program Pelapis Negeri bagi 19 jenis sukan terpilih. Unit ini adalah susulan daripada pengstrukturan semula unit di Majlis Sukan Negara daripada Unit Sukan Teras kepada Unit Sukan Prestasi Tinggi.
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu kini telah beroperasi sepenuhnya di Gerbang Sukan Negeri Terengganu dan Berjaya menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna kerana mendapat kerjasama dan sokongan yang baik daripada pelbagai pihak seperti Majlis Sukan Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan Sukan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
USPTN Terengganu buat masa ini mempunyai 5 orang pegawai pembangunan sukan yang dibahagikan 3 hingga 4 jenis sukan bagi setiap pegawai. Secara keseluruhannya, pegawai berkenaan telah berjaya melaksanakan segala tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan berkesan dan berjaya kerana ramai atlet-atlet cemerlang Terengganu telah lahir daripada program ini. Kakitangan sokongan di USPTN Terengganu adalah seramai 2 orang yang ditugaskan bagi tugas-tugas pentadbiran dan kewangan.
UPSTN Terengganu banyak menyumbang kepada pembangunan sukan di negeri ini melalui pengkongsian program pembangunan sukan dan jurulatih serta peyertaan ke kejohanan-kejohanan secara bersama. MSNT pula menyumbang kepada USPTN melalui pemberian ruang pejabat dan peruntukan tambahan kewangan kepada budget USPTN yang sedia ada serta penambahan kepada elaun-elaun jurulatih."
Sumber: Majlis Sukan Negeri Terengganu
Antara sukan yang tersenarai dalam USPTN ialah sukan renang, angkat berat, berbasikal, badminton, menembak, sukan layar, sepak takraw, bowling, tinju dan lain-lain.
Senarai sukan dan alamat pusat latihan di negeri Terengganu boleh didapati dalam gambar di bawah:
Sumber: Majlis Sukan Negeri Terengganu |
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi USPTN di alamat:
Majlis Sukan Negeri Terengganu,
Gerbang Sukan Negeri Terengganu,
Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak,
20300 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel : 09-6672504/6672506
Fax :09-6672523
Email :usptnterengganu@gmail.com
No comments:
Post a Comment