TASIK KENYIR
Info berkenaan Tasik Kenyir
- terletak di hulu Sungai Kenyir, Terengganu
- tasik buatan terbesar untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.
- seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
- siap dibina pada 1988.
- Kuala Berang telah mula dikenali ramai sejak kewujudan tasik ini
- merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya.
- telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini.
- Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing.
- Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.
Pintu masuk utama ke Tasik Kenyir ialah Pengkalan Gawi di mana urusan penempahan bot pengangkutan dan tempat penginapan dapat dilakukan dengan mudah.
Tasik Kenyir mempunyai lebih dari 10 jenis tempat penginapan yang berbeza, tidak termasuk tapak-tapak perkhemahan yang berhampiran kawasan air terjun dan sungai yang indah. Tempat penginapan mewah seperti Petang Island Resort, Musang Kenyir Resort dan Kenyir Sanctuary Resort menawarkan bilik yang selesa, makanan yang lazat serta lokasi yang sunyi, sesuai untuk pasangan yang sedang berbulan madu atau keluarga yang bercuti, manakala rumah-bot seperti Bahtera Petang serta tapak perkhemahan pula adalah lebih sesuai untuk kumpulan muda-mudi serta kaki pancing yang sering ke sini.
Sebelum empangan air dibina di sini, kawasan ini merupakan tempat tinggal gajah serta pelbagai jenis haiwan liar yang lain. Pengembara yang bertuah akan dapat melihat sebahagian dari haiwan-haiwan liar di sini. Walaupun haiwan seperti rusa, babi hutan dan monyet yang pemalu ini jarang kelihatan, namun jejak kaki binatang ini terdapat di merata tempat dan membuktikan kehadiran mereka di sini
Tasik Kenyir mempunyai 14 air terjun antaranya ialah Air Terjun Sauk dan Air Terjun Sungai Cacing
Bagi mereka yang menginginkan pengalaman meneroka hutan yang lebih mencabar, mereka boleh mendaki salah satu dari lapan gunung utama yang terdapat di sini di mana puncak tertinggi ialah Gunung Chergau setinggi 1,374m dari paras laut. Namun ramai pelawat berminat mendaki Gunung Gagau untuk mengalami keistimewaan berada di tiga buah negeri berlainan di atas puncak yang sama – sempadan Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan bertemu di puncak Gunung Gagau.
Tarikan lain yang ada di sini termasuklah Gua Bewah dan Gua Taat, iaitu gua batu kapur yang terletak di bahagian selatan Tasik Kenyir. Peninggalan purba termasuk kapak dan peralatan memasak yang dianggar telah wujud sejak era Neolitik pernah ditemui oleh ahli kaji purba di dalam Gua Taat.
Menarik bukan Tasik Kenyir ni...Kalau kita pergi ke Tasik Kenyir,bukan hanya wujud tasik sahaja tetapi terdapat juga gua,air terjun,gunung dan banyak lagi.
Jadi,apa tunggu lagi,jomlah melancong ke Tasik Kenyir
No comments:
Post a Comment