Serasanya semua dah tahu tentang keropok lekor. Atau ada juga yang tidak tahu apa itu keropok lekor?
Gambar dibawah ni merupakan rupa keropok lekor.
sumber gambar: blogresipi.wordpress.com
Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal.
Bagaimana ia dibuat dan khasiatnya?
- Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam.
- Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Tapi,selalunya keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji agak liat dan tidak seenak keropok lekor yang kandungan ikannya lebih banyak berbanding campuran lain.
- Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.
- Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Macam Mana Nak Makan?
- Dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas.
- Dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup.
- Diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping.
Info Tambahan :
- Sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan ditempat beku bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain.
- Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya keropok tidak berasa tawar.
- Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.
terima kasih atas info tentang sagu tu. selama ni saya cuma guna tepung ubi/kanji je. Boleh lah cuba nanti. :)
ReplyDelete