Post Page Advertisement [Top]

Sejarah dah tahu,daerah dah tahu,lagu,hotel dan tempat penginapan dan cara nak pegi.Sekarang mari kita selidik pula apa yang istimewanya Terengganu ni. Oleh sebab Terengganu ini terlalu banyak keistimewaannya,saya terpaksa membahagikannya kepada tajuk-tajuk kecil. Kalau nak gabung dalam satu tajuk,rasanya boleh jadi novel sebab panjang sangat. Okey,tanpa banyak cakap,jom kita teruskan penjelajahan kita mengenal Terengganu.

okey...pernah dengar tak tentang Pulau Wan Man(PWM ) ni?

Tak pernah dengar?

Takpe takpe...jom kita kenal apa itu Pulau Wan Man dan kenapa ia istimewa.


Pulau Wan Man merupakan sebuah pulau kecil di negeri Terengganu, Malaysia. Apa yang membuatkan pulau ini istimewa ialah kerana wujudnya TTI.




TTI yang mempunyai keluasan kira-kira 33 hektar menempatkan 21 replika masjid bersejarah di seluruh dunia seperti:
  1. Masjid Abu Nasr Pasra [Afghanistan] 
  2. Masjid an-Nabawi [Arab Saudi] 
  3. Masjidil Haram [Arab Saudi] 
  4. Masjid Sultan Omar Syarif [Brunei] 
  5. Masjid Xian [China] 
  6. Taj Mahal [India] 
  7. Masjid Kuddus Mina [Indonesia] 
  8. Masjid Sheikh Lutfalla [Iran] 
  9. Masjid Besar Samarra [Iraq] 
  10. Masjid Negara [Malaysia] 
  11. Masjid Mohamed Ali [Mesir] 
  12. Masjid Besar Agadez [Nigeria] 
  13. Masjid Badshahi [Pakistan] 
  14. Kubah As Sakhra [Palestin] 
  15. Masjid Kul Sharif Tatarstan [Rusia] 
  16. Masjid Al Hambra [Sepanyol] 
  17. Masjid Alepo Citadel [Syria] 
  18. Masjid Pusat Petani [Thailand] 
  19. Masjid Qairawan [Tunisia] 
  20. Tugu Kompleks Suleyman [Turki] 
  21. Menara Kalyan [Uzbekistan] 



Masjid Kristal pandangan jauh 



Masjid Kristal dari jarak dekat


Ha...........itulah istimewanya TTI ni..dekat 1 tempat,macam-macam ada. Tak payah pergi ke luar negara dah semata-mata nak tengok masjid-masjid ni sebab kat Terengganu dah ada.Sebijik macam yang ori cuma saiz je yang kecil dan x boleh solat kat dalam (kesemua 21 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:8 berbanding saiz asal )

Oh ya...sebelum terlupa. Di TTI ni juga,terdapat Masjid Kristal dan pusat konvensyen.

Info Tambahan:

  • TTI menggunakan kepakaran arkitek berpengalaman dalam pembangunan taman tema terkenal dunia seperti Tokyo Disney Sea dan Movieworld and Seaworld Agro Gold Resort di Australia. 
  • pembinaan TTI melibatkan 34 kontraktor tempatan 
  • dipantau oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) 
  • kos pembinaan menelan belanja RM249.3 juta 
  • pembinaan bermula pada Mac 2005 dan dibuka secara rasmi pada 3 Februari 2008 oleh Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang bergelar Y.A.B Tun Abdullah) 

Layari laman Web Rasmi bagi Taman Tamadun Islam untuk info terkini: Klik

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]