Post Page Advertisement [Top]


Acara selama satu hari setengah ini telah dianjurkan semenjak tahun 2013 lagi sekaligus dengan penjenamaan Tasik Kenyir sebagai destinasi terpilih untuk aktiviti melihat burung (bird watching). Terdapat 290 spesies burung yang direkodkan di Tasik Kenyir termasuklah sembilan daripada 10 spesies enggang yang sebelum ini hanya didapat di Sarawak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie sewaktu pelancaran acara ini pada tahun 2013, beliau berkata, “Kawasan Tasik Kenyir sememangnya kaya dengan pelbagai spesies mamalia dan burung, malah ia menyamai kepelbagaian spesies di Taman Negara. Selain burung, terdapat 40 spesies mamalia turut direkodkan melalui perangkap kamera."

“Aktiviti memerhati burung ini adalah riadah yang sihat untuk semua usia di persekitaran alam semula jadi dan mampu menjadi salah satu daya tarikan pelancong, khususnya untuk mengenali serta menambah pengetahuan mengenai haiwan ini," kata beliau lagi.

Berikutan sambutan yang menggalakkan, acara ini akan dilangsungkan lagi pada tahun ini pada bulan Mac nanti. Tentatif acara dan talian untuk pendaftaran ada disediakan di bawah.
Tentatif  Acara

Hari Pertama: 28 Mac 2015 (Sabtu)
0800am - 0900am
:
Pendaftaran peserta
0900am - 0930am
:
Ketibaan dif-dif jemputan
0930am - 1000am
:
Acara Perasmian & Ucapan VIP jemputan
1000am - 1030am
:
Minum Pagi & “Sidang Akhbar”
1030am - 1130am
:
Bengkel tentang Biodiversiti Tasik Kenyir
1130pm - 1230pm
1230pm - 1330pm
:
:
Bengkel penerangan tentang “Birding”
Bengkel tentang Penemuan Fosil Dinosaur
1330pm - 1530pm
:
Makan Tengah Hari dan daftar masuk di Lake Kenyir Resort.
1530pm - 1600pm
:
Aktiviti Teknikal “Bird Watching”
1600pm - 1930pm
:
Merentas rimba dan melihat burung
Minum petang
1930pm - 2000pm
:
Makan malam di Lake Kenyir Resort
2000pm - 2100pm
:
Night Jungle Walk/ Rehat
Hari Kedua: 29 Mac 2015 (Ahad)
0700am - 0800am
0800am - 1200pm
:
:
Sarapan Pagi / Daftar Keluar
Menaiki bot ke ‘ Kelah Sanctuary’, merentas rimba & melihat burung
1200pm -1400pm
:
Makan Tengah Hari & Daftar Keluar/ Program Tamat

Sekiranya anda berminat, anda boleh hubungi:
Ms. Ain
Tel : +609-6262020
Fax : +609-6228093
Email : info@terengganutourism.com
Venue : Lake Kenyir Resort & Spa

Tarikh Tutup Penyertaan: 05 Mac 2015

*Admin Blog Kenali Terengganu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak penganjur. Artikel ini ditulis sebagai tujuan penyebaran maklumat berkaitan pelancongan di Terengganu sahaja. Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi talian di atas.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]